HomeIsu tempatanPensyarah UMS terima pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia

Pensyarah UMS terima pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Balan Rathakrishnan diiktiraf sebagai antara Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2023 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM), baru-baru ini.

Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS itu menyediakan pelbagai latihan, rundingan dan penyelidikan kepada pelbagai jenis organisasi tempatan dan antarabangsa dalam bidang pembangunan belia dan komuniti serta psikologi industri dan organisasi.

Balan berkata, para saintis penyelidikan Malaysia menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui penjanaan dan penyebaran pengetahuan, penciptaan kekayaan dan usaha produktif untuk kecemerlangan saintifik bagi manfaat kemanusiaan.

“Sehubungan itu, pangkalan data TRSM bertujuan mengiktiraf dan mempamerkan pencapaian para saintis penyelidikan Malaysia sebagai pemain peranan dari segi kecemerlangan, mentor kepada generasi akan datang serta pemimpin untuk terus memajukan penyelidikan bidang sains, teknologi dan invovasi (STI),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Balan, pengiktirafan yang diberikan kepada beliau akan digunakan sebagai satu mekanisme untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan bidang penyelidikan kemanusiaan seperti bidang psikologi kepada komuniti.

“Saya berhasrat untuk melibatkan lebih banyak penyelidik muda untuk turut serta dalam penyelidikan bidang sains sosial dan kemanusiaan.

“Hasil dapatan ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan manusia sejagat serta meningkatkan hasil kreativiti dan inovasi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti,” ujarnya. 

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terlibat secara langsung dalam bidang penyelidikan selama lebih 20 tahun, Balan turut menyediakan latihan berkaitan pengurusan tekanan, ujian psikometrik untuk pembangunan kerjaya, penyertaan pekerja, pengurusan sumber manusia, skim ganjaran serta kreativiti dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Projek TRSM dibangunkan sebagai sebahagian daripada fokus ASM dalam memupuk budaya kecemerlangan STI.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular