HomeSukanEllron luang masa lawat atlet Para, Jaflee Jikol

Ellron luang masa lawat atlet Para, Jaflee Jikol

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin semalam meluangkan masa melawat atlet Para renang Jaflee Jikol yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 akibat kanser.

Turut sama melawat Jaflee ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan.

Dalam lawatan itu, Ellron turut memberikan kata-kata semangat kepada Jaflee selain turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital kerana telah merawat dan menjaga  Jaflee.

Dalam pada itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Jaflee dan disampaikan kepada ibunya.

Sebelum ini KBS Sabah menerusi Majlis Sukan Negeri Sabah telah menyumbangkan sebanyak RM 19,000 kepada  Jaflee bagi meringankan bebanan kewangan keluarga beliau.

Untuk rekod adik Jaflee yang berasal dari Tongod itu merupakan pemenang pingat gangsa dalam sukan Para ASEAN Cambodia 2023 dalam acara renang.

Selain itu atlet yang berusia 21 tahun itu  turut mewakili negara dalam acara 100M Gaya Bebas di Kejohanan Swimming World Series Singapore 2023.

Turut hadir dalam ziarah itu Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Tuan Mohd Asneh Mohd Noor serta warga KBSS.

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular