HomeUtamaSkandal Rasuah Jabatan Air Sabah: Hakim, Pendakwa Raya, Peguambela, saksi dan tertuduh...

Skandal Rasuah Jabatan Air Sabah: Hakim, Pendakwa Raya, Peguambela, saksi dan tertuduh lawat lokasi kejadian

Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini melakukan lawatan ke dua lokasi kejadian jenayah berhubung perbicaraan skandal rasuah bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib.

Hakim Abu Bakar Manat bersama barisan peguam pembelaan, pendakwaan, saksi pendakwaan dan tertuduh melawat lokasi kejadian yang pertama iaitu di Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah, bangunan Wisma Muis, Kota Kinabalu pada jam 9 pagi.

Hakim Abu bakar Manat (dua kanan) meninjau lokasi kejadian di pejabat bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah di sini, hari ini.

Di lokasi kejadian, saksi Hishammudin Mohammed Esa yang juga merupakan Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Integriti Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menunjukkan ruang bilik pejabat pengarah di jabatan tersebut, di mana jutaan wang tunai ditemukan semasa serbuan dibuat pada 4 Oktober 2016.

Manakala lokasi kejadian jenayah yang kedua dilawati iaitu di rumah kediaman tertuduh Ag Tahir bertempat di Grace Ville, Sembulan. Rombongan tiba di lokasi berkenaan pada jam 10 pagi.

Tinjauan mahkamah ke lokasi kejadian di rumah kediaman tertuduh Ag Tahir.

Hishammudin berkata, pasukan serbuan pada masa kejadian juga menemukan sejumlah wang yang banyak di tingkat 3 rumah tertuduh. Turut ditemukan barangan mewah di rumah berkenaan.

Seterusnya rombongan bergerak ke bangunan Bank Negara Malaysia (BNM) di Kota Kinabalu dan tiba pada jam 10.30 pagi.

Kesemua wang dan barangan mewah yang dirampas disimpan di bangunan Bank Negara itu.

Sesi perbicaraan diteruskan di dalam bangunan Bank Negara itu untuk membuat pengecaman barang kes tersebut.

Antara yang hadir semasa lawatan itu ialah Peguam Priskila Sinem dan Mohammed Fareez Mohammed Salleh mewakili Ag Tahir dan Fauziah Piut manakala Lim Lam Beng diwakili oleh Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh, Karpaljit Singh dan Calvin Wong.

Hadir sama Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mahadi Abdul Jumaat, Haresh Prakash Somiah, dan Zander Lim.

Dalam lawatan itu juga pihak wakil media yang hadir hanya dibenarkan berada di dua lokasi kejadian iaitu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah dan perkarangan rumah tertuduh, bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.

Tahir, 58, bersama isterinya, Fauziah, 55, dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri, Lim Lam Beng, 66, kini sedang menjalankan perbicaraan.

Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM61.57 juta.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular