HomeIsu tempatanMaritim Malaysia patahkan cubaan seludup barang kawalan

Maritim Malaysia patahkan cubaan seludup barang kawalan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot yang membawa barang kawalan tanpa kebenaran yang sah, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dalam operasi yang dijalankan jam 5 pagi semalam itu berjaya mengesan sebuah bot pam yang bergerak dalam keadaan mencurigakan lebih kurang jarak 0.2 batu nautika selatan Tanjung Pegasan, Pitas.

Katanya, semasa merapati bot terbabit, suspek telah melarikan diri dengan mengemudi bot pam menuju ke kawasan persisiran yang cetek.

“Pengendali bot berkenaan dipercayai bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan hutan paya bakau berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati, sebuah pam bot tanpa nombor pendaftaran membawa muatan barangan kawalan iaitu lebih kurang 400kg minyak masak peket dan 50 peket tepung gandum.

“Bot serta barang rampasan dianggarkan lebih kurang RM16,000 dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa kebenaran yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Kudat agar terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan mahupun sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular