HomeUtamaRakyat Sabah sembah tahniah kepada Agong baharu

Rakyat Sabah sembah tahniah kepada Agong baharu

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, bagi pihak rakyat Sabah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Darul Ta’zim, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Rakyat Sabah mengalu-alukan dan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim mengambil alih takhta daripada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa 31 Jan 2024.

Ketua Menteri mewakili rakyat Sabah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah semasa lawatan baginda ke Sabah dalam Program Jelajah Kembara Borneo.

“Kami di Sabah akan sentiasa mengingati baginda, Permaisuri Agong dan keluarga baginda yang turun dan mendekati dengan rakyat di negeri ini. Semoga keluarga Diraja sentiasa sihat sejahtera,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial, mengumumkan bahawa Persidangan Raja-Raja
membuat keputusan itu semasa Mesyuarat ke-263 (Khas) di Istana Negara pada Jumaat.

Beliau turut mengumumkan bahawa Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular