HomeUtamaKPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin

KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin

Read Time:58 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur ekstremisme dan keganasan sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini.

Menurut KPM dalam kenyataan hari ini penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali.

“KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendukung isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan program ini.

“Semua institusi bawah KPM diminta untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang telah ditetapkan. Minggu Solidariti Palestin perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat-menghormati,” menurut kementerian itu.

KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian berhubung kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.

Hari ini tular video berdurasi 55 saat di aplikasi X dan TikTok yang antaranya memaparkan seorang lelaki memegang replika senapang dalam satu program di sebuah sekolah.

Menurut KPM penganjuran program berkenaan adalah di luar tempoh pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikut panduan yang ditetapkan kementerian berkenaan. FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular