HomeIsu tempatanPKK terus jalin kerjasama bersama rakan strategik

PKK terus jalin kerjasama bersama rakan strategik

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Seramai 66 panel dan 12 syarikat semalam menerima watikah pelantikan panel penaihat industri bagi Program Pengajian dan Sijil Kolaborasi Rakan Strategik Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Majlis itu merupakan perbincangan ke arah pemantapan struktur program pengajian di PKK bagi memastikan para graduan PKK khususnya mendapat tempat dalam kalangan majikan selepas tamat pengajian nanti.

Pengarah PKK, Dullah Muluk berkata, PKK telah membuat jalinan kolaborasi bersama 187 pemain industri dari seluruh Malaysia dan luar negara daripada pelbagai bidang dan latar belakang.

“Hubungan baik dengan pihak industri adalah cukup penting untuk tujuan mengenal pasti, memperjelas dan menambah baik aspek-aspek utama program dan pertaliannya dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pengajian di PKK,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim turut berharap agar rakan industri dapat memberikan maklum balas berkaitan pelbagai aspek yang dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran di PKK khususnya.

“Antaranya adalah cadangan atau maklum balas berkaitan peralatan dan kemudahan yang sesuai dengan perkembangan teknologi terkini bagi setiap kursus, cadangan latihan yang diperlukan oleh tenaga pengajar dan bahan rujukan yang sesuai digunakan oleh pelajar PKK.

“Saya yakin dan percaya dengan adanya gabungan barisan pakar industri dan akademik, mesyuarat ini akan membuahkan hasil yang produktif dan dapat membantu melahirkan graduan PKK yang berkualiti tinggi dan terus cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim dan  Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Saril Yusop.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular