HomeUtamaPm Anwar, Rutte Bertemu Di Putrajaya Untuk Perbincangan Dua Hala

Pm Anwar, Rutte Bertemu Di Putrajaya Untuk Perbincangan Dua Hala

Read Time:52 Second

BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Belanda Mark Rutte di Seri Perdana di sini, dalam usaha Malaysia dan Belanda mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Rutte tiba di Malaysia semalam untuk lawatan kerja dua hari, yang kedua ke negara ini selepas lawatan sulungnya pada 2014.

Rutte disambut Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan rundingan yang membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Selepas pertemuan hampir sejam, Anwar menghoskan majlis jamuan tengah hari sempena lawatan kerja Rutte ke Malaysia.

Pada 2022, Belanda adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan RM48.04 bilion (US$10.93 bilion), meningkat 33.4 peratus berbanding RM36.01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021.

Belanda juga merupakan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara EU dengan jumlah 732,324.54 tan.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular