HomeEkonomiRISDA Sabah capai 90% inisiatif Program Skim Getah Matang

RISDA Sabah capai 90% inisiatif Program Skim Getah Matang

Read Time:2 Minute, 23 Second

TUARAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melalui Program Skim Getah Matang (SGM) merupakan komitmen agensi ini dalam usaha memastikan pengeluaran hasil getah yang optimum oleh pekebun kecil.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Ahmad Zainal Abdullah berkata, SGM ini merangkumi inisiatif bantuan secara lima peringkat dengan penambahan bantuan Skim Getah Matang Tanam Semula yang bernilai RM 8,400 di Sabah dan Sarawak dalam bentuk bantuan mata benda.

“Setakat Oktober, RISDA Sabah telah mencapai lebih 90 peratus pencapaian Inisiatif Program SGM dengan peruntukkan RM 840 ribu bagi keluasan 10 ribu hektar tahun ini. Manakala bagi baki 14 ribu hektar lagi akan diperkasakan inisiatif dari masa ke semasa mengikut peruntukan sedia ada,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen
Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) dan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) RISDA Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zainal, bagi SGM Peringkat 1 dan 2, ianya disediakan untuk memperkasakan pengurusan ladang melalui teknologi terkini.

Katanya, inisiatif Peringkat 1 adalah khusus untuk pemilik kebun getah matang yang akan membuka panel torehan. la melibatkan bantuan baja, set torehan, dan racun rumpai dengan nilai RM 2,500/hektar di Sabah dan Sarawak. Pakej ini juga disampaikan kepada pemilik kebun yang terjejas akibat bencana atau yang telah ditinggalkan.

“Manakala inisiatif Peringkat 2 menawarkan bantuan kepada pemilik kebun dengan penyediaan Baja RISDA 4 sebanyak 50 beg/hektar dan racun rumpai dengan nilai yang sama seperti Pakej SGM 1.

“Seterusnya melalui SGM Peringkat 3, 4, dan 5, ia berfokuskan untuk memberikan insentif kepada pekebun kecil yang berjaya mencapai sasaran produktiviti yang ditetapkan. Bagi memastikan pekebun kecil mencapai sasaran tersebut, dalam inisiatif 3 hingga 5 ini, bantuan berupa baja, bahan rangsangan, dan racun rumpai bernilai RM 1,000 di Sabah dan Sarawak disediakan bagi menyokong pekebun kecil untuk meningkatkan penghasilan getah seperti mana yang diharapkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi SGM Tanam Semula pula, inisiatif ini turut diperkenalkan untuk mengaktifkan semula kebun getah tua yang tidak lagi memberi pulangan ekonomi. Bantuan ini bernilai RM 400/hektar dengan komponen selenggara kebun dan bahan rangsangan lateks.

“Objektif utama inisiatif Program SGM ini diwujudkan adalah bagi memastikan peningkatan pengeluaran hasil getah pekebun kecil kepada sasaran 1,800 kilogram sehektar setahun dan memperoleh pendapatan lebih dari RM 1,500 daripada hasil kebun getah.

“Dalam menyokong Program SGM, RISDA telah membelanjakan RM 3.22 juta melalui Program Prasarana Asas Pertanian bagi memudahkan warga pekebun kecil getah di Sabah untuk melaksanakan aktiviti pengeluaran hasil getah.

“Bantuan ini termasuk penyediaan kemudahan infrastruktur seperti jalan pertanian, pembentung, parit, pagar ladang, dan perangkap haiwan Peruntukan tersebut telah memanfaatkan seluas 1,466 hektar keluasan kebun gerah di negeri ini,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, katanya, RISDA sentiasa menyarankan pekebun kecil di negeri Sabah ini agar terus mengambil peluang melalui pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan kembali bergiat aktif dalam mengusahakan semula kebun-kebun getah milik mereka yang terbiar.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular