HomeUtamaJPKA Sabah terima peralatan perubatan, beri manfaat pesakit kurang bernasib baik

JPKA Sabah terima peralatan perubatan, beri manfaat pesakit kurang bernasib baik

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Seramai 400 pesakit khususnya di negeri ini yang dikategorikan sebagai kurang bernasib baik bakal menerima manfaat menerusi sumbangan peralatan perubatan bernilai RM1 juta.

Sumbangan peralatan berbentuk 400 unit katil boleh laras dan 200 tilam itu disumbangkan oleh Malaysian Church Of Jesus Christ Of Latter Day Saint yang diserahkan kepada Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Jenddy Datuk OKK Sanggau bagi mewakili Datuk James Ratib.

James berkata, bantuan sokongan peralatan perubatan itu amat dialu-alukan selain ianya juga sangat diperlukan oleh para pesakit yang kurang bernasib baik di negeri ini.

“Saya berterima kasih kepada Malaysian Church Of Jesus Christ Of Latter Day Saint kerana menyokong program ini, dengan menyampaikan 400 unit katil boleh laras dan 200 tilam bernilai RM1 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

“Sudah tentu jabatan ini berharap akan ada lagi sokongan berterusan dengan Malaysian Church Of Jesus Christ Of Latter Day Saint dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat yang memerlukan di Sabah,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Jenddy di pejabatnya di sini hari ini.

James berkata, program Homeward yang merupakan salah satu perkhidmatan di bawah JPKA Sabah merupakan salah satu hala tuju yang terkandungd Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 dibawah kementeriannya melalui JPKA.

“Konsep program ini adalah untuk membantu pesakit dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan sokongan pemulihan perubatan secara ‘loner cycle’ di seluruh Negeri Sabah.

“Objektif utama program ini antara lain adalah untuk menyediakan peralatan sokongan pemulihan perubatan bagi membantu penerima Bantuan Kronik Pesakit Terbaring di Katil, Warga Emas, Orang Kurang Upaya dan Pesakit dari Palliative Care ke arah meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pesakit menjalani pemulihan dan penjagaan dalam persekitaran keluarga serta menyara golongan yang memerlukan secara langsung di bawah Inisiatif Sabah Maju Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, James berkata, Yayasan Petronas sebelum ini turut menyumbang sebanyak 405 unit katil boleh laras dan 13 kepekatan oksigen.

Katanya, pelaksanaan fasa satu program Homeward dari Januari hingga April 2022 telah berjaya dilaksanakan 100 peratus dan memberi kesan cemerlang kepada lebih 400 pesakit yang memerlukan.

“Bagaimanapun, jumlah ini tidak dapat menampung keperluan sebenar di Sabah. Jabatan ini mempunyai seramai lebih 2,000 penerima Bantuan Pesakit Kronik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular