HomeIsu tempatan145 graduan Kolej SIDMA terima diploma

145 graduan Kolej SIDMA terima diploma

Read Time:2 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Seramai 126 graduan menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, manakala seramai 19 graduan pula menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang menjadi jumlah keseluruhan seramai 145 sempena Majlis Konvokesyen Kolej SIDMA kali ke 9 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di sini, hari ini.

Majlis Konvokesyen dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi KKIP Aerospace Training Centre, Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohamad Dali Isa.

Dalam ucapan perasmian, Dr. Mohamad Dali turut memuji Kolej SIDMA sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka yang dilengkapi dengan infrastruktur teknikal semasa dan dengan itu memberikan suasana kondusif bagi para pelajarnya.

Beliau berkata program Pendidikan Awal Kanak-Kanak sangat terbukti kerana Kolej SIDMA selangkah ke hadapan berbanding kolej lain dalam mengiktiraf kepentingan pendidikan awal bermula dari penjagaan kanak-kanak hingga ke tadika.

“Pendidikan adalah proses pembelajaran semasa dan secara peribadi berharap kepada semua graduan yang berada di sini hari ini akan terus belajar,” katanya.

Beliau juga berkongsi dan melaksanakan apa yang pelajar suka semasa belajar di dunia nyata dan mendidik orang lain untuk berjaya seperti mereka.

Tambah beliau Kolej SIDMA sebagai sebuah kolej tempatan kepada sebuah institusi yang mencapai kategori berdaya saing dan diiktiraf di Sabah merupakan satu pengalaman yang mencabar dan menarik.

“Saya difahamkan Kolej SIDMA menawarkan pendidikan pengajian tinggi dan mengadaptasi pembelajaran abad ke-21 yang berteraskan kepada pelajar.

“Kolej ini juga mengutamakan pendekatan pembangunan holistik di mana pelbagai pengetahuan dan kemahiran akan diasah agar para graduan kami akan mudah memasuki alam pekerjaan mahu pun memulakan perniagaan sendiri selaras dengan permintaan industri terkini,” tambahnya.

Sementara itu Pengerusi Kolej SIDMA Prof Dr Morni Kambri berkata, untuk membuka pusat asuhan bagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan tiga hingga lima tahun diwajibkan untuk mengambil penjaga atau tenaga pengajar memiliki kelayakan dalam bidang berkenaan sebagai syarat operasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, memiliki diploma atau ijazah pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme pendidikan seiring dengan peredaran semasa.

Jelas Dr Morni sekiranya guru tidak diberi kursus cukup dan kurang tahap profesionalisme, maka kesannya dilihat pada kanak-kanak.

“Guru adalah tunjang utama bagi merealisasikan impian bagi orang yang dipimpinnya. Di samping itu, guru juga menjadi pemula dalam menunjukkan kebaikan”, katanya.

Tambah Dr Morni pendidikan adalah satu aspek yang sangat penting dalam memastikan mereka ini akan menjadi insan yang berpengetahuan tinggi begitu juga perlunya penerapan modal insan dan nilai-nilai murni kehidupan.

“Pendidikan prasekolah peringkat tabika merupakan pendidikan formal yang terawal dalam perkembangan hidup seseorang kanak-kanak. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan rasa suka dan cintakan pengetahuan dan juga sekolah.

“Ibu bapa harus meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk bakal-bakal pemimpin ini dapat membesar dengan jayanya bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh,” katanya.

Dalam konvokesyen kali ini, Laiyne Basius telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2023 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, manakala Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Alona Jane Chin Shu Kee.

Kolej SIDMA menawarkan program lain melalui kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam pelbagai bidang pengajian yang sangat diperlukan dan melengkapi permintaan pelbagai industri di Malaysia pada masa kini.

Antaranya adalah Pengajian Asasi Seni, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian).

Manakala dua lagi merupakan program Ijazah Sarjana Pengurusan (MIM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Tidak ketinggalan dua program dibawah Kolej SIDMA sendiri iaitu Diploma Pengursan dan Diploma Pengurusan Sukan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular