HomeUtamaJuliah ambil peluang mencuba tenunan siambitan

Juliah ambil peluang mencuba tenunan siambitan

Read Time:43 Second

Kota Belud : Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag semalam mengambil peluang untuk melakukan tenunan siambitan di Pusat Tenunan Kampung Rampayan laut di sini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) turut dibantu oleh kakitangan di pusat berkenaan, Landongan Sulaiman.

Tenunan Siambitan diusahakan oleh suku kaum Irranun yang menetap di sekitar daerah Kota Belud dan kain tenunan tradisional ini dijadikan tanjak, samping atau selendang.

Lawatan bersama rombongan MUTIARA GRS itu adalah sempena Program amal menyantuni pelatih-pelatih istimewa, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di daerah Kota Belud dan Tamparuli serta lawatan ke Pusat Tenunan Kampung Rampayan Laut dan Pusat Pameran di Kampung Taun Gusi,Kota Belud.

Sempena program itu, Juliah bersama rombongan turut mengambil peluang beramah mesra bersama penghuni di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di Kota Belud. – SABAH MEDIA/ FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular