HomeUtamaKerjasama KSTI, PETRONAS langkah positif bantu aspirasi Kerajaan majukan negeri

Kerjasama KSTI, PETRONAS langkah positif bantu aspirasi Kerajaan majukan negeri

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam memastikan lebih ramai pelajar di negeri ini mendapat manfaat dalam industri minyak dan gas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama itu juga merupakan satu langkah positif kearah membantu memenuhi aspirasi Kerajaan untuk memajukan negeri ini.

“Bagi pihak Kerajaan negeri khususnya KSTI, saya merakamkan penghargaan kepada PETRONAS kerana dari masa ke masa sentiasa memberi pendedahan yang baik kepada pelajar-pelajar khususnya anak-anak Sabah daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diberikan bimbingan oleh petugas berpengalaman di PETRONAS.

“Mudah-mudahan ini akan memberi semangat kepada anak-anak kita seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mencari bidang yang sesuai untuk kerjaya mereka.  Sekurang-kurangnya ini akan menjadikan salah satu wadah untuk memberi pendedahan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Fueling Futures; Petronas FLNG career Connect di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, pihaknya turut berharap agar program seumpama itu akan terus dilaksanakan pada tahun depan selain akan memberi fokus kepada pelajar dalam bidang-bidang berkenaan.

“Memang bidang seumpama ini (minyak dan gas) khususnya selain program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga sangat penting.

“Apabila ada pendedahan seumpama ini, para pelajar akan lebih minat dalam bidang yang diceburi.  Sekarang kita sedang berusaha keras dalam memastikan peningkatan minat pelajar terhadap STEM di negeri ini,” katanya.

Pada program itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari IPT sekitar ibu negeri antaranya Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Teknologi Mara (UiTM); Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Kimanis Petroleum Training Centre (KPTC) terlibat dalam program sehari itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular