HomeUtamaKesedaran wanita lakukan saringan kanser amat tinggi di Sabah

Kesedaran wanita lakukan saringan kanser amat tinggi di Sabah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kesedaran golongan wanita di negeri ini terhadap keperluan untuk menjalani saringan kanser khususnya yang melibatkan kanser payudara dan serviks adalah amat tinggi.

Pegawai Perubatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah Dr Halimatul Saadiah Mohd Aris berkata, golongan itu juga dilihat berani dan mampu menyahut cabaran untuk mendapatkan saringan disetiap lokasi yang diadakan LPPKN.

“Dari segi sambutan yang diterima, Alhamdulillah sebenarnya daripada statistik LPPKN dan pengalaman kita berada diluar, golongan wanita di Sabah sebenarnya sangat berani dan menyahut cabaran.

“Sudah pasti ini kita dapat lihat mereka mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendapatkan saringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelaksanaan kempen kesedaran kanser reproduktif wanita (WCare) di sini hari ini.

Program yang diadakan selama dua hari berakhir esok turut diisi dengan pelbagai program yant akan memberi peluang kepada golongan wanita yang layak untuk menjalani saringan kanser serviks melalui kaedah persampelan sendiri mengunakan kit ujian HPV DNA.

Manakala, subsidi ujian mamogram diberikan kepada wanita melaksanakan ujian ini di Pusat Mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN Sabah.

Halimatul berkata, kanser payudara dan kanser serviks merupakan antara kanser yang tertinggi dicatatkan di negara ini.

“Kanser payudara seperti yang kita maklum adalah kanser nombor satu tertinggi di Malaysia dalam lebih kurang 30 peratus pesakit kanser menghidap kanser payudara.

“Manahaka kanser serviks adalah kanser nombor tiga tertinggi dikalangan wanita, jadi sebab itulah kita buat kempen seperti ini yang melakukan ujian untuk dua-dua kanser ini,” katanya.

Justeru beliau turut mengalu-alukan semua golongan wanita di negeri ini khususnya sekitar ibu negeri untuk hadir mengambil peluang yang disediakan LPPKN Sabah bertempat di Imago Shopping Mall. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular