HomeIsu tempatanPenyelidik UMS terus unggul di peringkat antarabangsa

Penyelidik UMS terus unggul di peringkat antarabangsa

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi mencatat sejarah dalam ketrampilan penyelidikan apabila beberapa penyelidik unggul dari universiti tersebut tersenarai oleh Elsevier dalam 2 peratus Saintis Terbaik Seluruh Dunia bagi tahun 2023. 

Bagi kategori Career Achievement (Pencapaian Kerjaya), tiga penyelidik UMS yang tersenarai adalah Profesor Ts. Dr. Zainul Amiruddin Zakaria dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Profesor Dr. Jason Teo Tze Wi dari Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), dan Profesor Madya Dr. Christopher Patrice Andie Wiart dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP).

Manakala, bagi kategori Single Year Achievement (Pencapaian Setahun), seramai lapan penyelidik UMS mendapat pengiktirafan tersebut.

Antaranya adalah Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly (Fakulti Kejuruteraan), Profesor Ts. Dr. Zainul Amiruddin Zakaria (FPSK), Profesor Dr. Jason Teo Tze Wi (FKI), Profesor Madya Dr. Hanudin Amin (Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan), Profesor Madya Dr. Christopher Patrice Andie Wiart (IBTP).

Turut tersenarai dalam kategori yang sama ialah Prof. Madya Dr. Md. Shafiquzzaman Siddique (Institut Penyelidikan Bioteknologi),  Profesor Dr. Md Lutfor Rahman dan Dr. Teo Siow Hwa masing-masing dari Fakulti Sains dan Sumber Alam.

Pencapaian membanggakan penyelidik-penyelidik UMS ini dapat dirungkai melalui impak yang terhasil dalam penyelidikan yang bermanfaat bukan sahaja kepada universiti, tetapi juga kepada masyarakat. 

Rosalam yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS adalah seorang pakar nanofiber dan persekitaran yang giat melaksanakan usaha penyelidikan bersifat translasional termasuklah kajian rawatan air.

UMS akan terus memacu usaha dalam mengimplementasi pelan strategik seiring dengan misi universiti sebagai peneraju masyarakat berinovatif. 

Baru-baru ini Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor telah melancarkan 10 Key Results Area bagi tempoh 2023-2027 sebagai menyokong Pelan Transformasi UMS 2050 yang berpaksikan kepada misi menjadi universiti bertaraf dunia melalui sinergi tempatan ke arah kelestarian kampus. 

Key Result Area 3 iaitu Translatable Research yang dipertanggungjawabkan di bawah ekosistem penyelidikan dan inovasi UMS sudah pun menjalankan beberapa inisiatif besar bagi meningkatkan lagi usaha penyelidikan yang bersifat translasional termasuklah penubuhan kluster penyelidikan dan living lab (makmal hidup).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular