HomeUtamaHujan berterusan di pantai timur, utara Semenanjung, timur Sabah pada 16-18 Nov

Hujan berterusan di pantai timur, utara Semenanjung, timur Sabah pada 16-18 Nov

Read Time:30 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Hujan berterusan dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 Nov ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh tersebut.

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular