HomeSukanProjek Surabaya 2024 bakal dilancarkan, persiapan hadapi Sukan Universiti ASEAN

Projek Surabaya 2024 bakal dilancarkan, persiapan hadapi Sukan Universiti ASEAN

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Projek Surabaya 2024 bakal di lancarkan sebagai satu persiapan bagi menghadapi Sukan Universiti ASEAN yang akan berlangsung Jun tahun depan.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dato’ Pekan Ramli berkata, kejohanan itu merupakan satu permulaan yang baik dalam memperkasakan sukan catur.

“Kejohanan yang diadakan pada hari ini merupakan satu permulaan yang sangat baik untuk kita memperkasakan lagi sukan catur.  Kita juga kini dalam proses untuk mempersiapkan atlet catur bagi menghadapi Sukan Universiti ASEAN yang akan berlangsung di Surabaya Jun  tahun depan.

“Selain itu kita juga akan melancarkan Projek Surabaya 2024 yang merupakan satu persiapan kita dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya besar di Universiti ASEAN Jun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kejohanan Varsity Chess 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Pusat Sukan UMS Ahmadi Nurdin.

Pekan berkata, pihaknya mengakui berdepan tugas berat apabila perlu bersedia lebih awal dalam penyediaan atlet di peringkat universiti.

“Kita sebenarnya tiada lagi grand master di peringkat universiti dan di negara kita.  Jadi itu sebabnya kita mengharapkan daripada kejohanan-kejohanan yang kita adakan ini satu hari nanti Insyaallah mungkin kita akan dapat lahirkan pemain-pemain catur yang berstatus Grand Master,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 31 pasukan melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah akan menyertai kejohanan sehari itu melibatkan 12 IPT dan 19 sekolah menengah seluruh Sabah.

Pemenang keseluruhan kategori IPT dimenangi Multimedia Universiti (MMU); Universiti Malaysia Sabah (kedua) dan Cyberjaya Universiti (ketiga).

Bagi kategori sekolah menengah berjaya dimenangi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Agama Kota Kinabalu (kedua) dan SMK Bundu Tuhan (ketiga). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular