Read Time:27 Second
Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun melihat kehadiran barisan kempimpinan muda dan beliawanis di dalam parti merupakan golongan berpelajaran dan pelbagai kaum malah beliau mahu menunjukkan bahawa parti ini menitik berat kepada kepimpinan muda serta kualiti kepimpinan baharu.
Dalam pada itu, semua pemimpin Gagasan Rakyat diminta untuk mengubah ‘mindset’ dalam melaksanakan tanggungjawab. “Masa kini memerlukan kita untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza. Politik era kontemporari bukan semata-mata perjuangan kuasa, tetapi juga perjuangan ideologi, prinsip dan integriti.