HomePolitikGPS kekal mahu kerusi Parlimen Sarawak ditambah 35 peratus

GPS kekal mahu kerusi Parlimen Sarawak ditambah 35 peratus

Read Time:1 Minute, 6 Second

Sibu :  Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian mahu kerusi Parlimen bagi negeri Sarawak ditambah sekurang-sekurangnya 35 peratus.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg berkata, ia merupakan satu kepentingan bagi menjaga hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

“Kita memperjuangkan hak kita berteraskan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).  Kita turut berterima kasih kepada Tan Sri (Dr) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) yang dapat meminda undang-undang perlembagaan Malaysia.

“Ini termasuklah mengiktiraf buku ‘The Constitution the State Of Sarawak’; Malaysia Agreement dan Laporan Antara Kerajaan (IGC),” katanya ketika berucap pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini awal bulan ini.

Abang Johari yang juga Presiden PBB berkata, oleh sebab itu pihaknya mahu Kerajaan menghormati perkara yang termaktub menerusi perjanjian yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Sebab ada mereka disana, penganalisis politik mengatakan tidak ada dalam perjanjian. Dalam Laporan Antara Kerajaan (IGC) memang tidak disebut dua pertiga, tetapi disebut suara Sarawak dan Sabah mesti diambil kira di dalam Parlimen. Malah, pengenalan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, pun ada,” katanya.

Sarawak ketika ini mempunyai 31 kerusi Parlimen dan pembentukan kawasan baharu itu perlu dalam memastikan pengagihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak agar Semenanjung tidak dapat meminda Perlembagaan yang mungkin melenyapkan atau menghilangkan hak dua wilayah berkenaan seperti termaktub dalam MA63.

RELATED ARTICLES
Politik

Pemuda Gagasan Rakyat sedia hadapi PRN-17

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular