HomeUtamaMayat wanita mangsa samun, rogol & bunuh ditemui di kebun pisang

Mayat wanita mangsa samun, rogol & bunuh ditemui di kebun pisang

Read Time:1 Minute, 44 Second

LAHAD DATU: Satu mayat wanita dipercayai mangsa samun, rogol dan bunuh ditemui di kebun pisang di Kampung Pisang, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, seorang wanita warga asing berusia 36 tahun ditemui tidak bernyawa dengan kesan hentakan berupa objek tumpul di bahagian kepala dan kesan kelar dengan senjata tajam di bahagian leher mangsa.

“Mangsa ditemui di sebuah kawasan semak dalam kebun pisang di Kampung Pisang, Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rohan Shah, mangsa merupakan ibu kepada lima orang
anak itu dipercayai telah keluar pada jam 6:15 pagi kerana bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran telah melalui laluan pejalan kaki di sebuah kawasan semak kebun pisang berkenaan sebagai laluan pergi dan balik kerja.

“Menurut saksi, setelah tidak sampai ke tempat kerja pihak majikan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaan mangsa tetapi menurut ahli keluarga mangsa memaklumkan telah keluar bekerja,” katanya.

Sangsi di atas makluman yang disampaikan itu, ahli keluarga mangsa telah berusaha mencari dan menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak berkenaan.

“Sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mendapati terdapat kesan hentakan benda tumpul di kepala dan kelar di bahagian leher mangsa dalam keadaan separuh bogel.

“Sebuah telefon bimbit milik mangsa juga didapati telah hilang dalam kejadian ini dan tiada wang tunai dijumpai dalam dompet mangsa di tempat kejadian,” kata Rohan Shah.

Tambah beliau, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang terdapat pada bahagian kemaluan mayat mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.

“Pihak polis sedang berusaha untuk mengesan suspek dalam kejadian ini. Kes ini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum mati,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkan kepada Balai Polis

berhampiran atau kepada Asisten Superintenden (ASP) Kharuddin Husain, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu di talian 013-9071709.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular