HomePolitikDakwaan Suhaimi terhadap Hajiji adalah rekaan semata-mata untuk tutup kelemahan kudeta yang...

Dakwaan Suhaimi terhadap Hajiji adalah rekaan semata-mata untuk tutup kelemahan kudeta yang gagal – Nizam

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir bahawa punca UMNO Sabah marah kerana Ketua Menteri Datu Seri Hajiji Noor tidak menunaikan janji dan menipu adalah tohmahan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan dan kegagalan kudeta yang digerakkan, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam menjelaskan bahawa semasa membentangkan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan ahli parti untuk bekerja bersungguh-sungguh, memantapkan jentera parti, menyantuni rakyat, berkhidmat dengan penuh iltizam agar parti mendapat mandat dengan kuasa yang cukup besar pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

“Selain itu, dalam persidangan itu Hajiji turut berkata sokongan besar daripada rakyat cukup penting agar titik hitam politik Sabah menerusi tindakan cuba merampas kuasa daripada rakan-rakan parti awal tahun ini yang menyebabkan kerajaan hampir-hampir kehilangan kelayakan tidak akan berulang.

“Gerakan “Kudeta” yang gagal itu memberi pengajaran erti sebenar mana kawan dan mana pengkhianat,” kata Nizam dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kerajaan menghargai kematangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan aspirasi dan mandat rakyat di PRN16 dengan menyokong mengekalkan kerajaan pimpinan Hajiji untuk membolehkan kerajaan meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui halatuju Sabah Maju Jaya.

“Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang mengaitkan seperti membuka pekung di dada kepada Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor, pada hakikatnya bagaikan menepuk air dalam dulang terpercik di muka mereka sendiri kerana kenyataan Suhaimi ini telah dengan sendirinya mendedahkan pengkhianatan mereka kepada mandat dan aspirasi rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Nizam berkata Hajiji adalah seorang pemimpin yang boleh dibawa berbincang.

“Hajiji adalah seorang pemimpin dan Ketua Menteri yang terbuka dan mudah dibawa berbincang, sepatutnya Pengerusi UMNO Sabah yang juga berjawatan Timbalan Ketua Menteri ketika itu mempunyai akses yang cukup luas untuk berbincang termasuklah dalam Mesyuarat Kabinet Negeri.

“Suhaimi seharusnya sedar bahawa Hajiji selaku Ketua Menteri membuat keputusan dengan mengambil kira semua pandangan rakan parti dalam komponen Kerajaan Sabah dan bukan hanya untuk UMNO Sabah sahaja.

“Jika benarlah Hajiji seperti yang ditohmah oleh Suhaimi, tidak mungkin ramai pemimpin berdiri di belakang beliau, memberi sokongan moral sepertimana kehadiran pelbagai pemimpin termasuklah mantan pemimpin Sabah yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri turut hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat baru-baru ini.

“Sedarkah Suhaimi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik oleh Hajiji, jika Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri tidak setiakawan mengapa 5 ADUN UMNO Sabah kekal menyokong Ketua Menteri Datuk Hajiji dan tidak bersetuju dengan tindakan kudeta langkah Kinabalu yang gagal itu? ,” tegas Nizam lagi.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular