HomeEkonomiKeindahan Sabah menggamit Dato' Sri Vida melabur dan bina resort di Semporna

Keindahan Sabah menggamit Dato’ Sri Vida melabur dan bina resort di Semporna

Read Time:3 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tidak dinafikan keindahan pemandangan alam semula jadi yang terdapat di Sabah negeri di bawah bayu yang sangat cantik mampu memukau dan memikat hati setiap pengunjung yang datang ke negeri itu.

Keindahan Sabah menarik Dato’ Sri Vida melabur dan membina resort di sebuah pulau di Semporna. – Video/SM Yusof Mohammad

Keindahan itu juga, turut menggamit usahawan kosmetik terkenal Dato’ Sri Vida (DSV), melihat sendiri keindahan pemandangan alam semula jadi semasa berkunjung ke Kundasang apabila disapa dengan kesegaran udara yang sejuk, di mana di situ terletaknya Gunung Kinabalu yang tersergam indah merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Katanya, selain itu, beliau juga berkunjung ke pulau-pulau yang menarik terletak di daerah Semporna, bersantai di tepi pantai yang indah sambil melihat air laut yang sangat jernih berkilauan seperti mutiara disifatkan sebagai ‘syurga dunia’ oleh DSV.

Keterujaan Dato’ Sri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, turut mendedahkan bahawa beliau sebenarnya telah melabur untuk membina sebuah pusat peranginan (resort) di sebuah pulau yang terletak di daerah Semporna.

DSV ketika ditemui Sabah Media di Kundasang, Ranau pada Selasa (14 Nov) turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negara untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri ini.

“Orang Semenanjung atau di mana sahaja berada wajib datang ke Sabah sebelum mati, itulah yang saya dapat katakan the best, the best ever dia punya lokasi, saya rasa dalam beberapa bulan ini, dah berapa kali saya datang terutamanya ke Semporna, jadi Kundasang pun saya rasa ada ‘magic’ dia tersendiri, seperti ada sesuatu panggilan untuk saya datang dan datang lagi.

“Justeru, setiap kali datang ke sini ada satu tenaga positif yang saya rasa untuk kita bawa balik ke tempat kita. Kerja, kerja, kerja buangkan segala tenaga negatif dan bawa balik semua positif,” kongsinya.

Menurut DSV, kunjungannya ke Sabah kali ini selain menghadiri beberapa program, beliau juga mengambil kesempatan membawa bersama keluarganya untuk bersiar-siar di sini.

“Sebenarnya saya singgah dua malam di Kundasang untuk saya ‘healing’ di kaki Gunung Kinabalu dan alhamdulillah walaupun hujan dapat juga tengok Gunung Kinabalu dan saya harap hari ini dapat tengok dengan jelasnya sunset (matahari terbenam) saya memang ‘sunset lover’ dan nak tengok sunset di sini dari pelbagai sudut.

“Saya sebenarnya ada kerja di Semporna dan Kota Kinabalu, namun saya kena singgah di Kundasang walaupun satu malam untuk mendapatkan tenaga positif itu untuk kita bawa ke tempat kerja kita,” ujarnya.

Jelas DSV lagi, beliau sudah seminggu berada di Kota Kinabalu menghadiri Program Neon Run yang diadakan, beliau adalah salah seorang penaja dan membawa produk kesihatan Pamoga untuk program tersebut.

“Selain itu, saya juga ada banyak acara di sini seperti menerima undangan ke pameran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) untuk memeriahkan lagi program mereka dan justeru itu, saya akan kerap datang ke Sabah, dan yang paling penting saya akan ada resort di Semporna… begitulah ceritanya, esok saya akan naik bot daripada Tawau kerana saya dah ada bot, saya dah labur untuk lawatan saya ke sebuah pulau, saya guna bot sendiri untuk lawatan itu, saya sudah membeli sebuah bot besar.

“In shaa Allah kita akan pacak tiang lusa (Khamis), resort yang saya akan bina terletak di lokasi yang amat eksklusif, airnya sangat jernih, tak campur dengan orang… subhannallah ini heaven (syurga) betul kerana airnya tak masin itu yang sangat unik serta ada batu karang yang berwarna warni dan bercahaya.

“Saya tak sabar, lusa saya nak pergi, esok petang saya nak ambil bot daripada Tawau ke Semporna lepas tu lawat pulau sekejap, singgah dan nak dapatkan mood Regatta Lepa..all in one (semua dalam satu) kehadiran saya kali ini, jadi kamu kena pergi ke Regatta Lepa dan lawatan ke pulau, pegi Kundasang dan kena stay satu atau dua malam ke sini,” katanya yang turut memberikan gambaran mengenai lawatannya ke Sabah tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi menggalakkan orang ramai untuk datang dan merasai pengalaman mereka sendiri.

Acara Regatta Lepa ke-28 akan berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 November 2023 di Dataran Regatta Lepa, Semporna.

Regatta Lepa merupakan acara masyarakat kaum Bajau yang diadakan setiap tahun di Semporna dan pada tahun ini, ianya dikelolakan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama-sama dengan Lembaga Pelancongan Sabah dan Pejabat Daerah Semporna.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular