HomeUtamaBatu Sapi dicadang untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong - Khairul Firdaus

Batu Sapi dicadang untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong – Khairul Firdaus

Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

Sandakan: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi di sini ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata selaras dengan kedudukannya di pesisir pantai, kawasan itu dilihat lebih sesuai dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan atau dimajukan dengan industri berkaitan hasil laut.

Beliau berkata pembangunan pesat kilang-kilang di kawasan itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada penduduk berhampiran, malah pencemaran dari kilang-kilang itu juga jika tidak dikawal boleh menjejaskan ekosistem pesisir pantai.

“Saya harap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan kaji perkara ini dengan mendalam,” katanya semasa merasmikan program sukarelawan pelancongan di Taman Warisan, sebuah kawasan tarikan pelancong di Batu Sapi di sini pada Ahad.

Sementara itu Khairul Firdaus berkata beliau gembira dengan kemajuan dicapai MPS dalam usaha membangunkan sektor pelancongan di kawasan itu, dan MPS turut merangka satu Rangka Tindakan Pelancongan Batu Sapi yang diserahkan oleh Presiden MPS Henry Idol kepadanya hari ini.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mewujudkan kerjasama strategik dengan MPS dan pejabat Parlimen Batu Sapi, bagi memastikan Taman Warisan Batu Sapi ini sentiasa menjadi kawasan tarikan pelancong yang hebat,” katanya.  BERNAMA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular