HomeUtamaKisah Guru Besar SK Ulu Ansuan tinggal di stor dapat perhatian Exco...

Kisah Guru Besar SK Ulu Ansuan tinggal di stor dapat perhatian Exco Pemuda PBS

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Berita mengenai kisah seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di daerah Telupid yang terpaksa tinggal di stor sekolah lebih tiga tahun sejak berkhidmat di sekolahnya turut mendapat perhatian Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ketua Exco Pemuda PBS, Dr Christoper Mandut, berkata, beliau amat kagum mendengar ketabahan cikgu George Odol menghadapi cabaran dan membuat pengorbanan demi peningkatan pendidikan di sekolah beliau.

“Komitmen tinggi beliau terhadap komuniti ini patut dipuji. Namun, pada masa yang sama, beliau turut menggesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membuat penelitian 200 peratus mengenai keperluan para guru di Sabah.

“Saya cadangkan agar pihak kerajaan dapat menaikkan peruntukan fizikal untuk sekolah-sekolah di Sabah, termasuklah peruntukan sukan sekolah di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cristopher berkata, hal itu bagi memastikan isu sedemikian tidak berlanjutan sehingga menjadi satu kebiasaan atau ‘trend’ turun-temurun.

“Bayangkan kita sudah lebih 60 tahun merdeka, dan keadaan seperti ini masih berlaku, walhal acap kali kita mendengar ucapan pemimpin untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara,” tegas beliau.

Menurutnya, kisah seperti yang dialami cikgu George itulah yang antara lain menjadi bukti bahawa Sabah masih ketinggalan dalam arus pemodenan, terutamanya dalam aspek pembangunan pendidikan termasuk infrastruktur sekolah di Wilayah berkenaan.

“Kita ingin melihat lebih banyak usaha baik pulih, naik taraf sekolah dan penyelenggaraan infrastruktur di Sabah sebagai antara keutamaan kerajaan, selain memberi tumpuan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Justeru, beliau meminta agar lebih banyak usaha ‘turun padang’ daripada pemimpin terutamanya ke kawasan Pedalaman Sabah, bagi membolehkan mereka melihat sendiri keadaan dan keperluan di sekolah-sekolah berkenaan.

Beliau juga berharap perkara ini dapat menjadi iktibar kerajaan untuk lebih memandang serius mengenai keadaan pendidikan di Sabah, dan segera mengambil tindakan proaktif dalam meningkatkan infrastruktur sekolah serta memperuntukkan dana yang mencukupi bagi keperluan para guru di wilayah tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular