HomeUtamaMinat anak Sabah terhadap STI semakin meningkat

Minat anak Sabah terhadap STI semakin meningkat

Read Time:1 Minute, 25 Second

Putrajaya : Penyertaan kontinjen Sabah pada pertandingan Malaysia Techlympics peringkat Kebangsaan tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peningkatan itu juga membuktikan minat anak muda Sabah terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) semakin meningkat.

“Kerajaan melalui kementerian saya sentiasa komited untuk membudayakan STI sehingga ke peringkat akar umbi dan saya berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan yang proaktif agar Sabah dapat melahirkan lebih bakat dalam bidang STI bagi merebuh peluang ekonomi bahari di masa akan datang.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas peningkatan ini khususnya para guru yang telah bertungkus lumus menyuburkan minat para pelajar kepada bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

Terdahulu, Arthur turut meraikan seramai 240 pelajar dan guru pengiring mewakili Sabah ke pertandingan itu di sini semalam.

Sebanyak 12 buah sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon, SJK (C) Anglo-Chinese, SMK Lok Yuk dan SMK Sepulot akan berentap dengan sekolah-sekolah dari seluruh negara di pertandingan berkenaan.

Pertandingan itu adalah bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan anak muda bagi meningkatkan daya saing dan menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi.

Malaysia Techlympics 2023 merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru.

Pertandingan ini direka berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular