HomeUtamaMRSM Ranau dicadang dinamakan sebagai MRSM Kinabalu Ranau

MRSM Ranau dicadang dinamakan sebagai MRSM Kinabalu Ranau

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau yang mula membuka pengambilan pertama pada 4 Mac tahun depan dicadang untuk dinamakan sebagai MRSM Kinabalu Ranau.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, cadangan itu adalah bagi memberi ruang dan penghormatan kepada MRSM Ranau sebagai MRSM tertinggi di Malaysia selain turut  terletak di kaki Gunung Kinabalu.

“Kerana itulah saya mencadangkan kepada Pengerusi MARA agar barangkali mereka boleh mempertimbangkan MRSM Ranau ini diberi nama baharu iaitu MRSM Kinabalu Ranau.

“Ini adalah sebagai lambang  setinggi Gunung Kinabalu dan juga sebagai penghormatan kepada masyarakat Kadazan Dusun yang tinggal di sekitar Gunung Kinabalu dan juga MRSM itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyerahan MRSM Ranau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, cadangan itu turut dilihat sebagai salah satu tanda memperingati ciptaan tuhan yang ada di negeri ini khususnya gunung tertinggi di Malaysia.

“Orang selalu namakan sekolah atas nama manusia,  tapi saya lebih berminat sekitarnya kita memperingati satu ciptaan tuhan di Sabah iaitu Gunung Kinabalu dan ini juga merupakan satu lambang aspirasi rakyat untuk cemerlang dalam bidang pendidikan.

“Bagi pihak Kerajaan negeri juga kita ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada PETRONAS kerana memilih Ranau sebagai tapak MRSM yang saya fikir antara yang tercantik di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Asyraf berkata, pertukaran nama (MRSM) perlu melalui satu proses namun pihaknya mengambil pandangan dan cadangan yang baik oleh Menteri Kewangan Sabah itu.

“Soal nama ini dia perlu melalui proses tapi sudah tentu pandangan dari Datuk Seri Masidi adalah satu pandangan yang cukup baik yang mengambil kira sentimen dan juga sejarah yang bertapak di kalangan kaum Kadazan Dusun.

“Yang pastinya MRSM ini adalah kita bina di sana pun mengambil kira aspirasi berkenaan untuk membantu lebih ramai anak-anak bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan Ranau dan sekitarnya untuk mereka dapat masuk dalam sistem MRSM yang terbukti mampu membangunkan modal insan dalam aspek STEM,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular