HomeUtamaRM7.68 juta peruntukan disalurkan kepada sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Zon...

RM7.68 juta peruntukan disalurkan kepada sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Zon Pendalaman Atas

Read Time:1 Minute, 28 Second

Keningau : Sebanyak RM7.68 juta disalurkan kepada sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam menerusi bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah bagi Zon Pendalaman Atas.

Majlis penyerahan sumbangan yang melibatkan daerah Tambunan, Keningau, Sook, Nabawan, Pegalungan, Tenom dan Kemabong itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Sesi penyerahan bantuan itu merupakan yang kelima diadakan selepas dilaksanakan di Zon Pantai Barat Selatan, Zon Pendalaman Bawah, Zon Pantai Barat Utara dan Zon Pantai Timur Sandakan dan Tawau.

Dari jumlah bantuan itu, sebanyak RM3.68 juta diagihkan kepada 38 buah sekolah; RM3.17 juta (194 gereja); RM780,000 (16 buah tokong) dan RM50,000 kepada sebuah kuil.

Ellron berkata, seramai 60 penerima melibatkan 249 kelulusan menerima sumbangan berkenaan.

Katanya, Kerajaan negeri Sabah senantiasa prihatin selain turut menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek untuk membantu rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, diharap agar sumbangan dan bantuan kewangan itu akan dapat memberi keselesaan dan manfaat serta dapat memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat di negeri ini. 

“Saya menyifatkan bantuan kewangan ini sebagai antara lain usaha kerajaan negeri, juga sebagai pelengkap untuk meringankan beban pihak sekolah dan badan-badan keagamaan dalam usaha memperbaiki dan membangun sekolah serta rumah-rumah ibadat yang berkenaan agar keadaan sekolah dan rumah-rumah ibadat berada dalam keadaan yang kondusif, selamat dan selesa digunakan.

“Sukacita juga saya ingin maklumkan bahawa permohonan bantuan kewangan tahun 2024 akan dibuka mulai 2 Januari hingga 31 Mac 2024. Sekiranya kedudukan kewangan negeri bertambah baik, maka kerajaan negeri akan meningkatkan amaun bantuan ini.

“Sebagai tambahan, saya memohon jasa baik sektor swasta, dewan perniagaan atau persatuan perdagangan untuk turut serta menyahut seruan kerajaan negeri untuk sama-sama mendukung institusi sekolah dan badan-badan keagamaan di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MENTERI KBS

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular