HomeIsu tempatanUMS pupuk kesedaran pemuliharaan penyu kepada generasi muda

UMS pupuk kesedaran pemuliharaan penyu kepada generasi muda

Read Time:1 Minute, 24 Second

Semporna : Menyedari penyu adalah antara haiwan marin yang tergolong dalam spesies terancam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menggiatkan pelbagai usaha agar haiwan tersebut tidak diancam kepupusan.

Terbaru, UMS telah membawa sejumlah 20 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah berserta guru iringan di sekolah sekitar daerah Semporna ke Pulau Bohey Dulang, Semporna bagi program pendidikan berkaitan penyu di pulau tersebut.

Antara sekolah yang terlibat adalah SK Bangau-Bangau, SK Kg. Simunul, SMK Kabogan II, dan SMK Datuk Panglima Abdullah.

Rombongan UMS yang diketuai oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor serta rombongan pelajar sekolah telah diberi penerangan ringkas oleh pegawai dari Taman-Taman Sabah berkaitan proses kehidupan dari anak penyu hingga penyu dewasa.

Sesi perkongsian tersebut turut mengupas berkaitan fakta-fakta am berkaitan penyu, serta kepentingan usaha memulihara penyu dan habitat marin yang menjadi tanggungjawab semua pihak.

Dalam pada itu, Kasim dalam kunjungannya ke pulau tersebut memaklumkan UMS sentiasa menyokong sebarang usaha terhadap memupuk kesedaran berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar, kepelbagaian spesies haiwan serta habitatnya.

“Melihat kepada keindahan khazanah alam yang terdapat di Pulau Bohey Dulang ini, saya percaya pulau ini berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong melalui aktiviti pengembaraan dan pendidikan.

“UMS juga amat gembira dapat membawa sekumpulan pelajar sekolah rendah dan menengah ke pulau ini bagi menambah pengalaman dan pengetahuan mereka berkaitan kepelbagaian biodiversiti khususnya haiwan penyu,” katanya.

Kasim turut berpesan kepada para peserta agar terus belajar bersungguh-sungguh dan menanam minat terhadap mata pelajaran berkaitan sains agar mampu menjadi generasi yang meneruskan legasi tanggungjawab terhadap pemuliharaan haiwan dan alam sekitar.

Pada program tersebut, Kasim turut menyempurnakan perasmian Projek Kelestarian Penyu Dan Edu-Tourism UMS dan Taman-Taman Sabah, serta acara pelepasan anak-anak penyu di laut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular