HomeUtamaPEDi PPR Taman Sri Rugading dinobat PEDi terbaik di Sabah

PEDi PPR Taman Sri Rugading dinobat PEDi terbaik di Sabah

Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Rugading, Tuaran diumumkan sebagai PEDi terbaik di Sabah semasa Persidangan PEDi Madani 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Kuala Lumpur, semalam.

Manakala pengurusnya Azlee Okee juga turut memenangi kategori Pengurus PEDi Terbaik bagi Zon Sabah.

Pegawai Perhubungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Muhammad Iqbal Ikhwandi berkata, Azlee layak memenangi Pengurus PEDi Terbaik bagi Zon Sabah kerana beliau memberi banyak nilai tambah (added-value) kepada PEDi seperti mewujudkan NGO dan juga Koperasi, selain pelbagai bentuk kolaborasi Rakan Strategik dan berbagai-bagai lagi.

“Hasil pemerhatian saya semasa siri tinjauan lapangan ke beberapa buah PEDi, peranan PEDi telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian komuniti. Saya teruja melihat bagaimana Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi bukan sahaja menjadi tenaga pengajar dan pakar rujuk, malah turut mempunyai ‘personal touch’ (sentuhan peribadi) sehingga perhubungan dengan komuniti setempat menjadi begitu akrab,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya, semalam.

Menurutnya lagi, PEDi sekarang bukan sahaja menjadi pusat untuk ‘connectivity’ (ketersambungan Internet) tetapi juga sebagai pusat aktiviti ekonomi digital yang meningkatkan hasil pendapatan komuniti setempat melalui keusahawanan.

“Dengan berbekalkan gaji RM2000 dan RM1500 sebulan, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi bekerja 7 hari seminggu dan hanya tutup pada Cuti Umum.

“Namun, keikhlasan tetap terpancar di wajah mereka setiap kali menerangkan pelbagai aktiviti latihan kepada usahawan PEDi setempat kepada saya. Ikhlas, saya kagum dengan usaha mereka dalam usaha meningkatkan pendapatan dan pengetahuan para usahawan.

“Alhamdulillah, hari ini 29 November di Persidangan PEDi MADANI 2023, gaji mereka telah dinaikkan kepada RM2500 dan RM2000. Ini adalah kenaikan gaji yang pertama sejak penubuhan PEDi pada 2007.

“Saya sempat merakam video sorakan mereka di dalam Ballroom PICC, Putrajaya sebentar tadi selepas YAB Perdana Menteri buat pengumuman. Tersentuh hati. Terima kasih YAB Perdana Menteri, dan terima kasih YB Menteri KKD yang mengusahakan inisiatif ini. Terima kasih Pengerusi MCMC dan seluruh keluarga MCMC yang melaksanakan,” katanya.

Semasa tinjuan ke ruang pameran, beliau sempat membeli produk-produk usahawan PEDi yang dilawatinya.

“Saya sempat membeli produk-produk usahawan PEDi semampu yang saya boleh. Bukan sahaja sebagai tanda sokongan, tetapi juga kerana produk mereka sememangnya sedap (untuk makanan) dan berkualiti tinggi.

“Produk-produk yang saya sempat beli iaitu PEDi Pekan Kudat – Tali Leher MCMC (2 unit) – PEDi Seri Gedong – Produk tenun (1 unit) – PEDi Pekan Putera Jaya – Sambal Tuhau (1 unit) – PEDi PPR Taman Sri Rugading – Popia Udang Mini (2 unit) – PEDi Kg Pasir Pandak – Pekasam Cendawan Kuping (2 unit) – PEDi Panyit – Sos Thai (2 unit) – PEDi Song – Beg anyaman (1 unit),” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang anugerah semasa Persidangan tadi.

“Terutamanya kepada PEDi PPR Taman Sri Rugading, Tuaran sebagai PEDi yang terbaik di Sabah. Pengurusnya iaitu Azlee Okee juga memenangi kategori Pengurus PEDi Terbaik bagi Zon Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular