HomeUtamaRatu Rock Negara Ella bakal gegarkan SICC 20 Jan 2024

Ratu Rock Negara Ella bakal gegarkan SICC 20 Jan 2024

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ratu Rock Negara Ella bakal membuat persembahan keempatnya pada 20 Januari 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada jam 8.30 malam.

Konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ Kota Kinabalu susulan kejayaan konsert ketiganya di Pulau Pinang pada 28 Oktober 2023 lalu dengan kehadiran hampir 14,000 orang penonton.

Ella semasa sidang media di Kota Kinabalu semalam.

“Alhamdulillah, sokongan padu daripada peminat membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan siri jelajah ini, dan bagi memuaskan hati semua pihak, kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pula, dan tidak sabar rasanya untuk menghiburkan ‘urang’ Sabah di sana.

“Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk
RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’.

Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam lebih bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama pengarah muzik, Dato’ Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions selaku penganjur konsert tersebut, Rohit Rampal, setelah kejayaan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berjaya memecahkan rekod The
Malaysia Book of Records dengan penjualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella sememangnya ratu rock negara yang tiada tandingan.

“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions sedaya-upaya memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar rock di Sabah pula, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya,” kata Rohit.

Tiket-tiket sudah pun mula dijual pada 9 November 2023 jam 12:00 tengahari lalu di www.hitmanlive.com dan jualan tiket fizikal di semua cawangan D’bundle Mania.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular