HomeIsu tempatanDua keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan RM100,000

Dua keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan RM100,000

Read Time:45 Second

Keningau: Dua buah keluarga mangsa kebakaran masing-masing menerima sumbangan RM50,000 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Dewan Pasisimpungan SIB Sabah, di sini baru-baru ini.

Para penerima ialah penduduk Kampung Melampoi, Nabawan iaitu Urin Andugut dan Ansuku Gimba’an dari Kampung Malilita Mukim Pementerian Nabawan. 

Kedua-dua keluarga itu kehilangan rumah  yang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran baru-baru ini dan kini menumpang di rumah saudara-mara terdekat. 

Shamsul yang mewakili Anwar turut merasmikan Program Outreach Paguguyuan XIII Pedalaman Atas Sabah 2023 Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) dan menyempurnakan gimik perasmian Persatuan Wanita Murut Sabah (PWMS). 

Antara yang hadir, Presiden (PKKMM) Raymond Ahuar, Timbalan Ketua Setiausaha KPM Wan Hashim Wan Rahim, Pengarah Bahagian Pembangunan, Pejabat Perdana Menteri Khairy Maamor, Pengarah Pendidikan JPN Sabah Datuk Raisin Saidin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular