HomeIsu tempatanUMS agih geran dana RM 26,000 bantu perkukuh jaringan alumni

UMS agih geran dana RM 26,000 bantu perkukuh jaringan alumni

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Alumni mengagihkan sumbangan Geran Dana Alumni sebanyak RM26,000 bagi mengembangkan aktiviti-aktiviti alumni di peringkat universiti.

Penyerahan geran dana tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dalam satu majlis ringkas, baru-baru ini.

Pada majlis penyerahan tersebut, Raman menyarankan agar lebih banyak program-program berkaitan alumni UMS dapat dianjurkan bagi meningkatkan sinergi di antara alumni dan alma mater.

“Daripada jumlah geran yang diperuntukkan sebanyak RM 26,000, setiap fakulti menerima RM 2,000.

“Ini diharapkan dapat memperkasakan hubungan alumni dan alma mater sepertimana yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya.

Beliau juga berharap agar pihak fakulti dapat mempergiatkan aktiviti berkaitan alumni bagi memastikan hubungan dengan alumni UMS terus terjalin erat.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif Kamisan Pusiran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular