HomeSukan'Gadis Turbo' mahu pecah rekod kebangsaan acara 100 meter wanita

‘Gadis Turbo’ mahu pecah rekod kebangsaan acara 100 meter wanita

Read Time:2 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Keputusan untuk memberi fokus kepada pengajian dan ‘bercuti’ dari menyertai Kejohanan Olahraga Asia Julai lalu akhirnya berbaloi apabila atlet olahraga negara Nur Aishah Rofina Aling,24, berjaya memperoleh ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25.

Anak kelahiran Sandakan itu terpaksa memberi fokus kepada pengajian semester akhir yang sebelum ini telah menangguh pengajian beberapa kali bagi menyertai kejohanan sukan universiti ASEAN dan Sukan Sea.

Aishah yang digelar sebagai ‘gadis turbo’ sebelum ini pernah tular dengan larian yang luar biasa selain berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 4 x100 meter (wanita) pada kejohanan Sukan Sea ke-32 di Phnom Penh Kemboja Mei lalu dan berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian itu ketika ditanya mengenai perancangannya, beliau mengakui akan memberi fokus kepada bidang yang yang diminatinya iaitu sukan.

“Setakat ini saya belum tau lagi kejohanan untuk tahun depan, belum ada yang pasti. Tapi memang akan ada kejohanan pada Januari 2024.

“Misi utama saya agar dapat memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m wanita,” katanya ketika dihubungi di sini.

Aishah berkata, dia mula berkecimpung dalam sukan sejak di bangku sekolah rendah dan meneruskannya  di sekolah sukan. 

Kemudian pada tahun 2014, beliau mengikuti latihan olahraga secara persendirian yang lebih spesifik untuk melatih dirinya menjadi lebih baik.

“Walaupun banyak perkara yang terpaksa dikorbankan dari segi masa, wang dan tenaga namun ia akhirnya berbaloi,” katanya.

Aishah menjadikan ratu pecut negara Zaidatul Husniah sebagai sumber inspirasinya untuk terus melakar kejayaan. 

Di samping aktif dalam bidang sukan, beliau gigih menamatkan pengajiannya dan akhirnya menjadi alumni UPM. 

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana cara beliau membahagikan masa antara pelajaran dan sukan, beliau berkata disiplin dan pengurusan masa yang baik adalah sangat penting. 

“Saya akan membuat jadual untuk membahagikan masa saya untuk belajar dan latihan. Kalau kelas saya pada waktu pagi, saya akan membuat latihan pada waktu petang,” katanya.

Beliau juga menyatakan detik yang mencabar sepanjang berada dalam sukan ialah dari segi pembahagian masa dan harus memberikan perhatian sepenuhnya antara bidang akademik dan sukan. 

Penglibatan terbaik beliau sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu mewakili Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou, China.

Tahun 2023 dilihat sebagai musim cemerlang buat Aishah walaupun gagal menaiki acara 100m pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh dua bulan lalu.

Ini kerana Aishah berjaya membantu kuartet 4x100m bersama Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Zaidatul Husniah Zulkifli meraih pingat gangsa Sukan SEA Kemboja 2023 dengan rekod baharu kebangsaan.

Masa 44.58s dilakukan itu adalah catatan kelima terpantas jika dibandingkan dengan keputusan pada final acara 4x100m wanita Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Selain itu, pencapaian terbaiknya ialah mencatat rekod terbaru iaitu 11.90s bagi acara lari pecut 100m dan berjaya memenangi pingat emas pada MAF Track and Field Championship 2023. 

Anak kelahiran Sandakan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapanya, rakan-rakan dan orang sekeliling kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dari aspek akademik mahupun sukan.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular