HomeUtamaBentuk ‘kartel ayam’, 5 pengeluar makanan ayam didenda RM415 juta

Bentuk ‘kartel ayam’, 5 pengeluar makanan ayam didenda RM415 juta

Read Time:53 Second

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan saman berjumlah RM415 juta terhadap lima syarikat kerana membentuk “kartel ayam” untuk menetapkan harga.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail, berkata firma tersebut didakwa bersetuju menaikkan harga makanan ayam, membawa kepada peningkatan harga ayam lebih tinggi lapor portal FMT

Lima syarikat pengeluar makanan haiwan ternakan itu dianggarkan menguasai sehingga 70 peratus pasaran makanan ternakan ayam di negara ini.

Katanya, kelima-lima perusahaan itu didapati bersalah kerana berpakat menaikkan harga makanan ternakan ayam menerusi beberapa platform, termasuk hubung kait rekod komunikasi bersama pengurusan tertinggi, nota mesyuarat dan keterangan saksi, di antara Januari 2020 hingga Jun 2022.

Dinding dikenakan penalti bernilai RM70.02 juta, FFM (RM42.69 juta); Gold Coin (RM97.51 juta); Leong Hup (RM157.47 juta) dan PK Agro (RM47.8 juta).

“Kami telah mengeluarkan keputusan akhir kepada lima syarikat itu kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 kerana membentuk kartel harga bagi makanan ayam.

“Kartel adalah kejahatan tertinggi di dalam undang-undang persaingan dan satu bentuk sabotaj ekonomi di peringkat tertinggi, terutamanya di dalam kes berkepentingan awam,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular