HomeUtamaKebakaran rumah: Wanita OKU rentung, 3 melecur dan seorang pengsan

Kebakaran rumah: Wanita OKU rentung, 3 melecur dan seorang pengsan

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) rentung manakala tiga mengalami kecederaan melecur dan seorang pengsan dalam kejadian kebakaran melibatkan 12 buah rumah di Kampung Kalansanan, Inanam dekat sini malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.10 malam tadi (21 Dis).

Pasukan bomba dari Balai Kota Kinabalu, dibantu dari Balai Tuaran bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, Komander Operasi, Ketua Zon Kota Kinabalu PgKB I Misran Bisara melaporkan kebakaran melibatkan sebanyak 12 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Terdapat lima orang mangsa terlibat dalam kebakaran iaitu seorang mangsa OKU rentung manakala tiga orang mangsa mengalami kecederaan (melecur) dan seorang lagi pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa wanita yang rentung dikenali sebagai Idam Hamid berumur 50 tahun, manakala dua mangsa perempuan berusia antara 16 dan 23 tahun serta dua mangsa lelaki berusia 20 dan 22 tahun.

Operasi pemadaman dijalankan dan
terkawal pada jam 1.16 pagi. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4:50 pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Memacu Sabah ke Persada Dunia: Acara Antarabangsa dan Inisiatif Pelancongan Baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular