HomeUtamaKebersamaan rakyat dituntut agar negara terus membangun: PM

Kebersamaan rakyat dituntut agar negara terus membangun: PM

Read Time:40 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Perdana Menteri berkata sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.

“Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.

Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.  – BERNAMA 

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular