HomeIsu tempatanMaritim Malaysia rampas 20 tong berisi 400 liter petrol

Maritim Malaysia rampas 20 tong berisi 400 liter petrol

Read Time:1 Minute, 4 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong yang dibuang ke laut selepas kegiatan haram penyeludup dikesan Maritim Malaysia di sini petang semalam.

Kegiatan itu berjaya dikesan Maritim Malaysia Zon Sandakan yang sedang dalam operasi di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai, jam 3.10 petang.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, ketika sedang dalam operasi pihaknya mengesan dua bot pancung dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Melihat kepada kejadian tersebut, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti dengan menggunakan pembesar suara untuk pemeriksaan.

“Namun bot terbabit tidak memberikan kerjasama dan telah memecut laju sambil bertindak membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, bot suspek kemudiannya menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri daripada dikejar bot penguat kuasa.

Katanya, kesemua minyak telah dirampas dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam satu kes yang berasingan, Zon Maritim Sandakan juga telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu membawa 45 penumpang tanpa kebenaran pada hari yang sama.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular