HomePolitikRakyat Sabah diseru beri restu dan sokong jalinan kerjasama PBS, STAR -...

Rakyat Sabah diseru beri restu dan sokong jalinan kerjasama PBS, STAR – Jeffrey

Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Rakyat Sabah diseru agar merestui dan menyokong kerjasama yang dijalinkan antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Presiden parti STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyatakan perkara itu semasa Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.

Katanya, majlis ini adalah anjuran bersama PBS dan STAR merupakan program yang julung kali diadakan bersama-sama sebagai langkah pertama kerjasama mereka.

“Majlis ini julung-julung kali dibuat dan kami berterima kasih atas sokongan dokongan semua pihak serta kerjasama yang telah kita tunjukkan, ini juga adalah Hari Krismas yang bertuah bagi PBS dan STAR yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan beberapa menteri kabinet Sabah.

“Ia mempunyai potensi besar kerana kalau kita pilih kerjasama dengan penganjuran ini, sudah tentu banyak lagi kerjasama kita oleh buat di masa akan datang,” kata Jeffrey ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Namun, beliau turut memaklumkan bahawa ada beberapa pemimpin tertinggi PBS tidak dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan masalah kesihatan.

“Dr Maximus tidak begitu sihat manakala Dr Joachim after covid dan bukan salah mereka, adalah lebih baik jika mereka ada sini tapi keadaan tidak mengizinkan jadi kita doakan mereka cepat sembuh,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran majlis hari ini, Jeffrey berkata, ia berjaya dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar.

“Penganjuran bersama majlis ini berjaya, memang kita setuju kita belajar dulu berjalan, baru kita belajar yang tinggi sikit… Ini baru langkah pertama dalam menganjurkan majlis, ada banyak lagi program-program yang kita akan adakan nanti.

“Justeru itu, kita mahu supaya rakyat memberi restu dan sokongan atas kerjasama ini supaya kita tidak berjauhan, berlawan-lawan hanya buang masa, buang duit dan tenaga, jadi kalau kita kumpulkan semua tu, ia akan jadi satu kekuatan.

“Malah ia juga memberi keuntungan kepada rakyat dengan kerjasama dua parti ini. Rakyat tidak bingung, rakyat rasa selesa dan bangga ada kerjasama seperti ini, merekapun tidak buang tenaga bertelingkah antara sesama mereka,” katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa dengan adanya jalinan kerjasama kedua-dua parti ini akan menguatkan lagi sokongan daripada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular