HomeUtamaDUN Sabah : Sabah rancang ambil alih SESB dalam tempoh 7 tahun

DUN Sabah : Sabah rancang ambil alih SESB dalam tempoh 7 tahun

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah kini dalam perancangan untuk mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam jangka tempoh tujuh tahun dari sekarang.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, satu formula akan dicari bagi memastikan perancangan itu dalam direalisasikan dengan secepat mungkin.

“Pemilikan SESB pada masa kini diperingkat Kerajaan Negeri hanya 17 peratus, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) memiliki SESB sebanyak 83 peratus.

“Kalau kita ambil sekarang, tentu sekali kita akan bayar dan inilah kita cari satu fomula. Ada yang cadang tadi seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), mungkin boleh kita bawa apabila berunding dengan pihak TNB dan sebagainya,” katanya.

Bekiau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas di sini hari ini.

Shafie sebelum itu mencadangkan agar kerajaan negeri perlu berunding secara baik dengan kerajaan persekutuan khususnya TNB supaya memastikan hutang asal SESB dilunaskan sebelum diambil alih.

Katanya, kedua-dua perkara itu penting kerana bukan sahaja hutang SESB yang lebih RM2 bilion malah subsidi dan bekalan elektrik akan terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri setiap tahun.

kta terpksa menampung setiap thun 2bilion lebih. sy bgtau dgn u behave, u cannot shoulder this beoz 2bilion setiap thun kta kna bayar utk mempastikan

“Kita tidak dapat angkat ini sebab kita akan terpaksa membayar RM2 bilion setiap tahun bagi memastikan  supaya perjalanan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) terlalu banyak iaitu melebihi 10 IPP termasuk di Sandakan dan Tawau,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular