HomeUtamaLetak lebih banyak tong sampah, tingkatkan tahap kebersihan di Taman Awam Teluk...

Letak lebih banyak tong sampah, tingkatkan tahap kebersihan di Taman Awam Teluk Likas

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan kemudahan tong sampah dan meningkatkan tahap kebersihan serta prasarana di kawasan Taman antara isu yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, beliau mengakui ketiga-tiga isu menjadi asas penting untuk diselesaikan segera memandangkan kawasan ini tumpuan setiap hari warga bandaraya menjalankan aktiviti seharian mereka.

Katanya, lokasi menempatkan banyak tong sampah sudah dikenal pasti agar pengunjung tidak perlu berjalan jauh sekali gus bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan ini.

“Taman Awam Teluk Likas antara kawasan tarikan utama pelancong luar negara. Sudah tentu masalah seperti ini ditangani segera agar kawasan ini mesra pengunjung serta boleh dilawati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya sendiri melawat serta berjalan kaki sepanjang laluan jogging dan berbasikal ini mengakui tahap kebersihan agak kurang memuaskan kerana terdapat sampah diselitkan dicelah timbunan batu berikutan kekurangan tong sampah.

“Begitu juga dengan sampah yang lambat diangkat sehingga menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang ramai yang menggunakan kemudahan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sambil berjalan kaki bersama pegawai dan kakitangan di Taman Awam Teluk Likas di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie.

Dr Sabin berkata, aspek lain akan dititikberatkan adalah mewujudkan lebih banyak tanda petunjuk keselamatan untuk laluan pejalan kaki, berjogging serta mereka yang menggunakan kemudahan berbasikal.

“Kita juga akan menanam lebih banyak pokok serta bunga di beberapa lokasi yang tertentu agar Taman Awam Teluk Likas ini benar-benar mencapai tahap mesra pengguna kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Aspek kebersihan pantai akan kota beri perhatian. Saya akan bertemu dengan Kontraktor Pembersihan Pantai untuk mendapatkan reaksi mereka berkaitan masalah sampah di sekitar kawasan pantai teluk likas ini,” Jelas Dr Sabin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau akan mengambil perhatian kepada rungutan peniaga di Anjung Selera Likas berikutan kekurangan tarikan pengunjung berkunjung ke kawasan tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular