HomeIsu tempatanRuslan bawa pelancong tinjau lokasi menarik di DUN Lumadan

Ruslan bawa pelancong tinjau lokasi menarik di DUN Lumadan

Read Time:1 Minute, 52 Second

Beaufort: Meskipun sibuk dengan tugas sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam mengambil peluang menjadi ‘pemandu pelancong’ bagi membawa seorang pelancong Perancis ke lokasi pelancongan menarik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Kunjungan pelancong yang dikenali sebagai Lionel Cedric Longe itu adalah bertujuan menerokai tempat menarik di DUN Lumadan bagi mempromosikan kawasan itu sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka.

Lionel yang juga agen pelancongan telah dibawa melawat ke kilang memproses sagu dan mencuba sendiri memakan ambuyat; kawasan penanaman pokok kelapa sawit; menyelusuri sungai bagi melihat Proboscis Monkey dan diperkenalkan produk masakan dan makanan berasaskan kehidupan laut dan sungai.

Ruslan berkata, pihaknya akan terus memperkasa ekonomi rakyat menerusi pelbagai bidang termasuk pelancongan dan pertanian khususnya tanaman padi dan lain-lain.

“Pada 2024, antara agenda kita di DUN Lumadan adalah memperkasa ekonomi, selain pelancongan, kita juga akan turut memperkasa pertanian, tanaman padi dan lain-lain.

“Bagi tanaman padi, kita ada beberapa tanam skim yang terbiar dan akan digunakan untuk tujuan ini selain padang ragut yang luas juga akan digunakan.  Keadaan semasa kini dilihat harga seekor kerbau sudah naik sehingga RM5,000 seekor.  Ini antara hala tuju kita untuk tingkat ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, DUN Lumadan mempunyai beberapa lokasi pelancongan menarik yang sudah dan akan diterokai bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat.

Katanya, antara lokasi pelancongan yang telah dibangunkan adalah di Kampung Suasa yang mempunyai kilang memproses sagu; kawasan penanaman pokok kelapa sawit; menyelusuri sungai dan homestay.

“Kita juga mempunyai kawasan yang sudah dibangunkan dengan lokasi pelancongan termasuklah di Kampung Gerama yang boleh membawa pelancong untuk menyelusuri sungai selain di Weston untuk melihat Proboscis Monkey dan kelip-kelip,

“Satu lagi lokasi yang kita ada iaitu Teratak dimana kawasan ini lebih kepada burung-burung berkumpul seluruh dunia dan akan kita usahakan untuk diwujudkan balik nanti,” katanya.

Sementara itu, Ruslan berkata, pihaknya juga akan turut menerokai beberapa lokasi lain termasuklah di Kampung Lubuk; Kampung Mintulud dan Kampung Bintuka serta Kampung Berumbai.

Beliau berkata, hasil daripada lawatan itu akan dapat membawa pelancong terutama daripada negara-negara Eropah untuk bertandang khususnya tempat menarik di DUN Lumadan yang pastinya dapat meningkatkan lagi sosioekonomi masyarakat setempat serta mempromosikan lagi hasil produk tempatan dan juga budaya diperkenalkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular