HomeIsu tempatan148 peserta sertai seni suara, gaya burung murai

148 peserta sertai seni suara, gaya burung murai

Read Time:48 Second

Menumbok : Seramai 148 peserta dari pelbagai daerah di Sabah, Sarawak dan Labuan menyertai pertandingan seni suara dan gaya murai batu mini bon terbuka Menumbok di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung di Anjung Nelayan Mempakul itu adalah bagi mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufoet Ak Yazri Ak Yahya berkata, pihaknya amat memuji dan mengucapkan tahniah atas penganjuran program seumpama itu.

“Selain kita dapat memupuk semangat kekeluargaan, program seumpama ini juga dapat mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Disamping menjadi hobi, aktiviti ini jiga mampu untuk menjana pendapatan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah kecil Menumbok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan menyampaikan hadiah pemenang pertandingan seni suara dan gaya murai batu mini bon terbuka Menumbok 2024 di sini baru-baru ini.

Ak Yazri berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular