HomeUtamaCadangan mekanisme pembayaran 40% dikemukakan kepada Ketua Menteri

Cadangan mekanisme pembayaran 40% dikemukakan kepada Ketua Menteri

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick pagi tadi mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini.

Dalam pertemuan tersebut, Ewon telah mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip di Sabah sepertimana termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut ditemani oleh Setiausaha Agung UPKO Datuk Nelson Angang, Ketua Pemuda Felix Joseph Saang dan Timbalan Ketua Penerangan Rowindy Lawrence.

Sebelum ini, Ewon telah mengadakan satu perbincangan meja bulat yang dihadiri oleh mereka yang mempunyai profesion dan kepakaran dalam isu ini pada 19 Disember tahun lepas berkenaan cadangan mekanisme tersebut.

Mekanisme tersebut perlu dimuktamadkan menjelang Julai tahun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular