HomeUtamaIstana Negara Tidak Terlibat Dalam Percaturan Politik, Agong Titah PM Terus Urus...

Istana Negara Tidak Terlibat Dalam Percaturan Politik, Agong Titah PM Terus Urus Negara

Read Time:58 Second

BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seri Paduka juga menitahkan Anwar dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara. 

Perkara itu antara inti pati sesi menerima menghadap Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

“Hari ini, seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, terdapat pemimpin pembangkang yang mendakwa mempunyai jumlah Akuan Bersumpah (SD) mencukupi untuk menukar Kerajaan Persekutuan selain tular kenyataan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen blok itu untuk menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pembangkang pada Sabtu lepas menafikan kenyataan itu dan mengesahkan bahawa ia adalah palsu.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular