HomeUtamaAnak Hajiji Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Mesej Tular Memfitnah Dirinya

Anak Hajiji Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Mesej Tular Memfitnah Dirinya

Read Time:1 Minute, 21 Second

Tuaran – Anak lelaki Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji tampil membuat laporan polis ekoran tersebarnya satu rantaian mesej melalui aplikasi Whatapps yang mendakwa dirinya terlibat di dalam kartel dadah yang kini diburu Polis.

Laporan polis itu dipercayai dibuat petang tadi di sebuah balai polis di Tuaran, Sabah dekat sini.

Menurut laporan yang dilihat Sabah Media, Mohd Reza menafikan tuduhan yang dibuat melalui rantaian mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whataspps itu dan turut menggesa pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan siapa dalang yang menyebarkan tuduhan tidak berasas itu.

Dakwanyanya tuduhan itu tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik dirinya.

Tular sebelum itu satu rantaian mesej yang mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut terlibat dalam Kartel dadah di Sabah yang baru baru ini ditahan dan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia.

Pada 26 ddisember lalu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Serti Ayob Khan berkata Polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu yang dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.

Ayob Khan berkata polis telah mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dan berkolaborasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan aset-aset milik anggota sindiket berkenaan.

“Selain itu, polis juga telah membekukan sebanyak 22 akaun bank bernilai RM420,000, menyita 18 pelbagai kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta, merampas wang tunai RM35,000, barangan kemas dan jam tangan jenama Rolex yang dianggarkan bernilai RM100,000.

“Proses ini akan berterusan dan kami akan menjejak lagi aset-aset milik ketua-ketua sindiket dan anggota sindiket,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular