HomeUtamaCadangan tubuh Politeknik di KB bantu penduduk luar bandar dapat pendidikan sewajarnya

Cadangan tubuh Politeknik di KB bantu penduduk luar bandar dapat pendidikan sewajarnya

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Belud : Cadangan bagi menubuhkan sebuah Politeknik di daerah ini diyakini akan dapat membantu penduduk khususnya golongan muda di kawasan luar bandar mendapat pendidikan sewajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, mereka yang terpilih memasuki Politeknik akan dapat dilatih seterusnya memperoleh sijil atau diploma yang dapat memberi pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Hari ini saya mengadakan lawatan susulan kepada lokasi cadangan tapak Politeknik Kota Belud yang telah dicadangkan seawall 2017 oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada masa itu.

“Dan saya fikir selaku Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, saya dari awal memang menyokong cadangan ini sebab ini penting kerana seperti kita sedia maklum daerah ini, Kota Marudu dan Kudat adalah antara daerah termiskin di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Tapak Politeknik Kota Belud di Kampung Kesepang di sini hari ini.

Mustapha berkata, ia juga adalah sejajar dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menoktahkan kemiskinan di daerah-daerah berkenaan.

Katanya, cadangan bagi mewujudkan Politeknik khususnya di daerah ini dilihat amat strategik untuk memastikan bahawa kawasan dikategorikan daerah miskin ini dapat dibangunkan terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

“Kita boleh jadikan ia sebagai satu kawasan pertumbuhan baharu ekonomi supaya kawasan di sini juga adalah jelapang padi Sabah akan dapat juga dimajukan bersama daripada industry padi dan keterjaminan makanan dan juga industry pelancongan yang sekarang semakin meningkat naik,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, cadangan bagi menubuhkan Politeknik di daerah ini kini sedang dalam penilaian untuk mengkaji sama ada tanah yang berkenaan sesuai untuk digunakan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menilai dengan kerjasama pelbagai agensi untuk memastikan bahawa kawasan ini memang sesuai dan kajian sedang dibuat dan kita harap sebelum bulain Jun ini kajian tapak dapat diselesaikan untuk kita majukan kepada Kementerian Ekonomi untuk tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan, jika Politeknik ini dibangunkanm ianya akan dapat menempatkan seramai 500 pelajar untuk permulaan dan ianya agak baik untuk ibu bapa khususnya dari segi logistik,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPT

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular