HomeUtamaDatuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis

Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat – Polis

Read Time:51 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Ketua sindiket pengedaran dadah bergelar “Datuk” dan beberapa individu lain yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Sabah akhir Disember tahun lepas, dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata polis kini sedang melengkapkan siasatan dan sedang mengesan aset lain yang membabitkan milik ahli sindiket terbabit. 

“Beberapa akaun (milik ahli sindiket) sudah dibekukan dan kita dalam proses mengesan aset lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Pada 26 Dis, ketua sindiket dadah bergelar Datuk antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negeri itu sejak 2015.

Susulan itu, pada 8 Jan lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular