HomeUtamaPenguatkuasaan tegas koloni setinggan di sekitar UMS, banteras sambungan haram bekalan air...

Penguatkuasaan tegas koloni setinggan di sekitar UMS, banteras sambungan haram bekalan air – Masiung

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh agensi berkaitan ke atas koloni setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa menyumbang kepada masalah air di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud penyambungan haram besar-besaran di perkampungan setinggan itu.

Selain itu katanya, penghuni flat rumah kos rendah milik LPPB di Taman Jaya Diri, Bukit Setia di Sepanggar dan Taman Sri Warisan di Inanam Laut merungut kerana kerap mengalami gangguan bekalan air selain tekanan air amat tendah.

” Walaupun Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah memberi jaminan masalah air di UMS akan selesai setelah Loji Rawatan Air Telibong 2 siap hujung Januari ini, namun UMS akan menerima tekanan air lebih rendah akibat terlalu banyak penyambungan haram koloni setinggan.

” Inisiatif MyJans yang diperkenalkan kerajaan tidak banyak mengubah keadaan kerana penduduk setinggan terutama warga asing sudah terbiasa menikmati air dan elektrik secara percuma hasil penyambungan haram,” tegas beliau.

Pada Khamis lalu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melancarkan aplikasi MyJans, di mana pengguna boleh mengakses bekalan air secara atas talian.

Masiung berkata, aplikasi MyJans yang dilancarkan JANS pada minggu lalu memang inisiatif baik, tetapi penyambungan haram tetap akan berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu menggesa agensi berkaitan terutama JANS supaya menjalankan operasi penguatkuasaan besar-besaran secara berjadual di kawasan setinggan dan kilang-kilang.

Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kewujudan koloni setinggan dianggarkan 12,000 rumah dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah bekalan air terbesar di universiti itu.

Kerajaan negeri mengalami kerugian 18 juta liter air sehari (MLD) akibat tindakan penyambungan haram.

Beliau berharap operasi penguatkuasaan agensi berkaitan tidak hanya melibatkan bekalan air tetapi turut menjalankan operasi penyambungan elektrik haram di kawasan-kawasan setinggan.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular