HomeUtamaDua kementerian bersama JKR, JANS cari penyelesaian isu air di KK

Dua kementerian bersama JKR, JANS cari penyelesaian isu air di KK

Read Time:1 Minute, 53 Second

Tuaran : Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap masalah pembekalan air di daerah ini dan Kota Kinabalu.

Timbalan Perdana Menteri 2 Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ketika ini prestasi keseluruhan projek Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 sudah mencapai 70 peratus pelaksanaannya.

Katanya, perkara utama yang perlu diselesaikan ketika ini ialah paip untuk menyalurkan air dari loji yang siap pada Disember lalu.

“Projek sedang berjalan, secara keseluruhannya lebih kurang hampir 70 lebih peratus. Ada beberapa isu perlu kita selesaikan. Daripada taklimat tadi, apa yang saya arahkan ialah untuk dia kementerian iaitu kementerian kami bersama KKR dan beberapa agensi lain untuk duduk berbincang bagaimana kita cari penyelesaian untuk selesaikan terutama aliran paip air.

“Jadi disebabkan projek ini akan memerlukan peruntukan tambahan dan daripada dua minggu itu nanti bila ada penyelesaiannya dengan siap dengan anggaran kos dan sebagainya untuk kita angkat balik kepada Kerajaan Persekutuan sebab projek ini adalah melalui pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke LRA Telibong 2 Fasa 2 di sini hari ini.

Fadillah yang juga menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam  berkata, perkara itu akan dibincangkan untuk pihaknya mencari dana tambahan daripada peruntukan yang ada khususnya dalam bentuk pinjaman wang.

“Tapi Perdana Menteri sudah mengamanahkan saya untuk cari penyelesaian sebab kawasan ini agak kritikal bukan saja untuk industri dan juga penduduk setempat tapi juga kita tahu Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga mempunyai masalah air ini, salah satu yang akan mempengaruhi.

“Jadi ini yang saya turun padang untuk melihat, memahami sendiri dan diharapkan dengan mesyuarat ini nanti , dua minggu dan lepas dapat laporan daripada kerja berkumpulan, kita akan cuba mencari penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keseluruhan projek khususnya perpaipan, Fadillah berkata, anggaran awal mungkin akan berubah berdasarkan laporan yang akan dinyatakan pasukan teknikal.

“Saya nak nyatakan nanti anggaran itu mungkin berubah sebab nanti pasukan teknikal akan melihat dulu keseluruhan dan jumlah berkaitan sebab kaedah kerjanya pun mungkin berubah.

“Sebab ada yang paip terpaksa dibuat bawah tanah dan terpaksa dibuat diatas. Sebab itu pasukan teknikal ini kena duduk bersama di antara JKR dan JANS untuk melihat penyelesaiannnya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar lelaki 14 tahun ditemui lemas semasa aktiviti mandi-manda di tasik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular