HomeIsu tempatanJalan kritikal di Kg Jaya Baru kini dalan proses pembaikan

Jalan kritikal di Kg Jaya Baru kini dalan proses pembaikan

Read Time:1 Minute, 38 Second

Lamag :  Pembaikan pertama jalan kritikal di Kampung Jaya Baru kini sedang dijalankan dengan menggunakan lapisan Geogrid diantara lapisan roadbase jalan dan seterusnya lapisan Glassrid akan digunakan diantara permukaan ‘premix’ jalan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Nizam Johari berkata, kerja-kerja pembaikan jalan itu telah mula dimulakan sejak Selasa lalu.

“Penggunaan teknologi lapisan Geogrid dapat membantu menstabilkan struktur jalan serta meninggikan tahap tindak balas kepada beban yang dikenakan pada struktur jalan.

“Pembaikan pertama sepanjang 100 meter ini dianggarkan dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa satu minggu jika tiada halangan lain yang dihadapi seperti cuaca hujan yang berterusan dan permasalahan terhadap pengeluaran bahan pembinaan jalan di tapak kerja,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Terdahulu, Nizam berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinabatangan untuk mencari jalan penyelesaian bersama pihak konsesi.

Beliau turut mengesahkan terdapat empat kawasan jalan kritikal di Kampung Jaya Baru yang sering mendapat aduan dan mendapati kerosakan berpunca daripada keadaan struktur tanah yang lemah dan tidak dapat menampung beban aliran trafik yang bertambah terutamanya penambahan terhadap aliran trafik bagi kenderaan berat.

Justeru itu, Nizam berkata, pihaknya berpendapat bahawa jalan sudah tidak sesuai jika dibuat penyelenggaraan secara rutin.

“Oleh sebab yang demikian pihak JKR mencadangkan agar menggunakan kaedah pembikinan menggunakan Geogrid. Memandangkan penghantaran bahan binaan teknologi Geogrid ini dihantar daripada Semenanjung, penghantaran bahan ke tapak dijangka akan mengambil masa dan pembaikan kekal di tiga lagi lokasi kritikal akan memerlukan lebih masa.

“Namun, kerja penyelenggaraan secara gravel di tiga lokasi kritikal ini akan sentiasa dijalankan bagi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Tambah Nizam, keadaan sama yang mendapati keadaan strkutur tanah lemah juga telah dikenalpasti di beberapa kawasan lain di daerah itu seperti, kawasan Sukau, Lot M, Batu Puteh, Paris 1 dan Paris 3.

Oleh itu, pengguna jalan raya disaran perlu berhati-hati ketika memandu terutamanya pada waktu hujan dan sentiasa patuh pada had laju yang telah ditetapkan, sementara Nizam bersama JKR Kinabatangan akan sentiasa memantau proses penyelenggaraan tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular